Tuesday 19 January 2016

Khasiat Madu

Berikut adalah khasiat madu secara umum:

Manfaat Madu bagi Kesihatan

  1. Menyembuhkan penyakit asma
  2. Mengubati arthritis (radang sendi)
  3. Mengatasi hepatitis (radang hati)
  4. Mengubati jangkitan pundi kencing
  5. Menyembuhkan ulser
  6. Menjaga kesihatan mata
  7. Mengatasi sakit gigi
  8. Mengurangkan kadar kolestrol
  9. Menyembuhkan gout atau masalah asid urik tinggi
  10. Mengubati selesema
  11. Menyembuhkan batuk
  12. Menghilangkan sakit perut
  13. Menyembuhkan masalah kembung perut
  14. Mengatasi penyakit jantung
  15. Melancarkan peredaran darah
  16. Membersihkan darah
  17. Mengatasi tekanan darah tinggi
  18. Mengubati tekanan darah rendah
  19. Mengatasi radang gusi atau mulut
  20. Mengatasi demam
  21. Mengatasi masalah sukar tidur (insomnia)
  22. Mengatasi masalah jangkitan kulit
  23. Mengatasi obesiti
  24. Mengubati kanser
  25. Menghilangkan bau mulut
Manfaat Lain dari Madu
  1. Meningkatkan imunisasi tubuh
  2. Meningkatkan selera makan
  3. Melancarkan darah haid
  4. Mengatasi keletihan
  5. Mengatasi mandul
  6. Meningkatkan kualiti dan pengeluaran air susu ibu
  7. Menambah tenaga dan stamina
  8. Mengatasi rambut gugur
  9. Meningkatkan tenaga lelaki
  10. Memudahkan proses kelahiran
  11. Anak sihat sejak dalam kandungan
  12. Menyembuhkan luka di perut dan rahim dengan cepat selepas melahirkan anak
Manfaat Madu bagi Kecantikan
  1. Masker untuk menganjalkan kulit wajah
  2. Menghaluskan kulit
  3. Menjadikan kulit kelihatan berseri-seri
  4. Mencegah penuaan
  5. Menjadikan rambut berkilau
  6. Sebagai pelembab rambut
  7. Menghilangkan jerawat
Manfaat Madu untuk Kecerdasan
  1. Membantu kecerdasan minda
  2. Merangsang perkembangan otak bayi (madu disarankan untuk bayi berumur 1 tahun ke atas)
  3. Meningkatkan memori


Rujukan:
Haviva, A.B. (2013), Dahsyatnya Mukjizat Madu: Manfaat Madu untuk Kesihatan, Kecantikan dan Kecerdasan, (Edisi Kedua), Selangor: Ar-Risalah Product Sdn Bhd



Beza Madu Tualang & Madu Kelulut

Ramai yang bertanya apa beza Madu Tualang dan Madu Kelulut.
Ramai juga yang fikir Madu Kelulut adalah lebih baik kerana harganya yang lebih tinggi.
Kami senaraikan di bawah perbezaan di antara dua jenis madu ini.


MADU TUALANG




Lebah tualang atau nama saintifiknya Apis Dorsata mendapat nama dari kebiasaannya bersarang di pokok tualang yang tumbuh tinggi di dalam hutan. Pokok tualang mempunyai ketinggian hampir mencecah 70 meter. Satu pokok tualang boleh dihuni sehingga 100 sarang lebah tualang. 

Madu tualang dihasilkan oleh lebah tualang yang mendapatkan nektar dari hampir 50% bunga-bungaan hutan, lalu menjadikan madu ini mempunyai nilai khasiat yang lebih tinggi berbanding madu lain.

Biasanya pencari madu mempunyai pokok-pokok tertentu yang ditandakan untuk dituai oleh mereka di dalam hutan. Ini kerana sifat lebah tualang yang sering kembali ke pokok yang sama untuk membina sarang. Sesetengah pencari madu masuk ke hutan pada waktu malam pada hari tertentu. Disebabkan kesukaran proses untuk mendapatkan madu ini, ia berharga lebih tinggi dari madu biasa.


MADU KELULUT


Lebat kelulut merupakan sejenis lebah tidak bersengat yang bersaiz kecil seperti lalat. Lebah kelulut biasanya membina sarang dalam sistem tertutup samada pada tunggul kayu, akar, atau di dalam rongga tanah. Kelulut yang didapati di hutan Malaysia biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.


Secara purata, madu kelulut mempunyai rasa yang sedikit masam berbanding madu lain. Bagaimanapun, rasa madu kebiasaannya adalah bergantung kepada makanannya. Pengalaman seorang sahabat menternak lebah kelulut mendapati madu yang dihasilkan lebahnya mempunyai rasa kayu ('woody'), dikatakan kerana rumahnya berhampiran dengan banyak pokok-pokok besar yang ditanam sebagai teduhan jalan. Apabila sarang kelulut tersebut dipindahkan berhampiran pokok belimbing, madu yang dihasilkan menjadi masam. 

Selain itu, madu kelulut juga kebiasaannya berwarna lebih jernih berbanding tualang. Bagaimanapun, sekali lagi ia bergantung kepada apa yang dimakannya. Seorang sahabat penternak lebah mendapati madunya berwarna ungu, kerana di sekeliling rumahnya terdapat banyak pokok bunga yang berwarna ungu.

Madu kelulut mempunyai harga pasaran yang tinggi kerana penghasilannya yang bermusim dan dalam kuantiti yang kecil. 


Monday 18 January 2016

Produk

MADU TUALANG PAHANG

345 gram 
RM39.90
Harga Promosi: RM 38.00 


1kg
RM105.00
Harga Promosi: RM 85.00 


MADU KELULUT HUTAN PAHANG

345 gram
RM 68.00
Harga Promosi: RM 59.00


Caj Penghantaran
Kesemua harga di atas adalah termasuk caj penghantaran samada melalui pos ataupun COD (Cash on Delivery).

Mod Penghantaran
  • Kebiasaannya penghantaran di kawasan Lembah Klang adalah COD.
  • Penghantaran di luar Lembah Klang adalah menggunakan perkhidmatan courier samada Pos Laju ataupun GDeX.